Feed on
Posts
comments

Pada masa sama pertama

Sehingga penghujung bulan 12 ini, saya sedang menumpukan kepada dua manuskrip yang perlu dihantar sesegera mungkin. Pertama buku terbitan PRO dan kedua buku terbitan PTS Millennia.

Pada masa sama kedua

Pada masa yang sama sebuah e-book baru mengenai fotografi lama akan diterbitkan. Sebuah e-buku yang akan membuat jurugambar professional, pengumpul foto lama, pelancong dan penyimpan kenangan lama mahu menjadikan ia sebagai simpanan mereka.

Pada masa sama ketiga

Pada masa yang sama, semua laman mini atau mini-site perlu diselanggara dan sedang menumpukan kepada pembinaan laman mini baru untuk buku-buku baru yang saya sarankan ia dibaca dan dimiliki. Ada tiga buku, nantikan.

Pada masa sama keempat

Pada masa yang sama, saya juga sedang memanjangkan kerjasama pemasaran dengan seorang trainer bagi mengadakan bengkel pengurusan wang dan pelaburan melalui rumah. Insya Allah, kejutan baru akan berlaku. Ini adalah bengkel wajib bagi individu yang mahu mengurus kewangan dan menjadikan rumah mereka sebagai aset bukan tanggungan. Lebih-lebih lagi ketika gawat ini.

Pada masa sama kelima

Pada masa sama, saya sedang menjalankan pra pemasaran dan kerjasama dengan pakar SEO (Search Engine Optimization), pakar optimisasi laman web (Website optimization) dan pengamal serta pemerhati pemasaran menggunakan teknik Topi Putih (White Hat) dan Topi Hitam (Black Hat) bagi mengadakan bengkel pemasaran online untuk bisnes kecil. Persediaan menghadapi kegawatan dengan menjadikan bisnes dikenali cepat, pada masa yang tepat. Hampir setiap hari berjumpa dan berbincang.

Saya dan beliau mempunyai satu persamaan. Itu pun kebetulan selepas masing-masing terkejut kerana kami ada satu angan-angan yang sama selepas lama berbincang. Kata kuncinya T.E.D.

Pada masa sama keenam

Pada masa sama sedang menghasilkan modul bagi dipakejkan kepada konsultan sebagai satu lagi usahasama bersama. Kerjasama win-win-win (Menang untuk sahabat usahasama, menang untuk diri dan menang untuk pelanggan yang berpuas hati).

Pada masa sama ketujuh

Sudah melancarkan bengkel penulisan rencana untuk akhbar dan majalah. Terbuka kepada semua yang mahu merasai dunia SOHO (Small Office Home Office) dengan menggunakan bakat penulisan dan kemahiran yang diterjemah dalam bentuk rencana. Sedang berbincang dengan seorang trainer bagi mencapai kata akhir.

Pada masa sama kelapan

Pada masa sama, otak saya sedang merancang membuat beberapa eksperimen gila-gila dengan beberapa rakan dalam tim saya. Kelak akan saya perincikan apabila ia sudah beroperasi.

Pada masa sama kesembilan

Pada masa sama, baru saya teringat 17 November ini sudah makin bertambah usia saya.

Semuanya pada masa yang sama. Bila pula ia berjalan pada masa yang berbeza?

Pada masa sama kesepuluh

Tolong jawabkan. :)

Dalam laman web The 2nd National Youth Entrepreneur Convention. Lebih daripada sembilan usahawan generasi 20+ diketengahkan. Kesemuanya membawa satu persamaan, generasi usahawan yang menjadikan internet sebagai medium pengenalan dan pemasaran kepada bisnes mereka.

Apakah corak atau pattern bisnes yang bakal menjadi kebiasaan dan budaya niaga pada masa akan datang?

Ketika saya sedang berkira-kira membeli ruang iklan. Saya tertarik dengan data demografi yang ditunjukkan oleh laman web Lelong. Berikut adalah carta pai pengguna berdasarkan umur yang menggunakan perkhidmatan Lelong.

Laman web ini mencapai 100,000 pengunjung unik sehari dan terdapat 350,000 ahli berdaftar. Data menunjukkan 54 peratus pengguna terdiri daripada beliau berumur 20-29 tahun.

Sekali lagi, Apakah corak atau pattern bisnes yang bakal menjadi kebiasaan dan budaya niaga pada masa akan datang?

Teringat kata Tuan Arief Hakim dari PTS Publication & Distributor, “Berapa kali saudara membeli akhbar? Selalunya akhbar online bukan? Saya hanya beli satu sahaja. The Edge. Akhbar dibeli oleh golongan 30 tahun ke atas. Selebihnya di internet.”

Petikan daripada laman web The 2nd National Youth Entrepreneur Convention

Henry Goh
Henry Goh, 27
Co-Founder & COO of Macro Kiosk Bhd
Henry Goh, founder of Macro Kiosk won the Ernst & Young Emerging Entrepreneur of the Year Award 2006. Macro Kiosk was awarded MSC Status and an ASP Class license from the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) a year after he earned his Executive MBA via a long-distance study programme from the States. Henry is currently at the helm of a regional multi-million dollar business with operating offices in 10 major countries across Asia.
Ninie Ahmad
Ninie Ahmad, 26
Founder of Be Yoga Sanctuary
Ninie first published Malaysia’s first yoga magazine at age 24, and is the official yoga ambassador for Adidas Malaysia. As a finalist of Nescafe Kick Start, Ninie founded Be Yoga Sanctuary of which she is the director and principal teacher. Under her helm, Be Yoga is fast becoming KL’s most successful yoga centers with over 600 students monthly.
Shan Tan
Shan Tan, 25
Founder & Managing Director of Rockin’ Reptiles
Shan was a 23-year-old barrister at law of Gray’s Inn London when she founded Rockin’ Reptile International Sdn Bhd. Undeterred by the fear of failure, she launched Rockin’ Reptile’s very first collection in October 2005 to an overwhelming response. Rockin’ Reptiles now has presence in United Kingdom, Ireland, Germany and has flagship retail and concessionaire outlets in Malaysia.
Aidan Aquinas Chew
Aidan Aquinas Chew, 25
Director - TRAFFIXED
Winner Nescafe Kick-Start, Season 1
Aidan bagged the grand prize for Nescafe Kick-Start’s Season 1 and has since then brought innovation into life. He is the founder of Traffixed, providing innovative systems to help drivers look forparking faster and easier, thus saving time by guiding them to empty parking bays.
Ricky Wong Shee Khai
Ricky Wong Shee Khai, 27
Founder & CEO of Asia Media Sdn Bhd
Ricky Wong is the founder and CEO of Asia Media Sdn Bhd, a media powerhouse that reaches 1.5 million viewers daily. Educated at Lancaster University in UK, he obtained a BA (Hons) in Accounting and Finance with First Class Honours and was awarded the ‘best academic student’ by the faculty in 2003. Ricky, known as a “hands-on” manager leads a workforce of 70 employees with four subsidiaries and four regional office and under his stewardship, Asia Media’s growth has been exceptional and unparalleled in the industry.
Aimann Faiz
Aimann Faiz, 24
Co-Founder of Don’t Panic
Aimann is one of the founding members of Don’t Panic Asia. Starting in September 2006 with only one goodie bag in hand, no background, no experience, and honestly no clue about the advertising and media industry, Aimann, together with his partners shaped and led Don’t Panic Asia to carve a niche for itself as a ‘Youth Marketing Agency’ supporting campaigns by major international clients such as Nike, Levi’s, Petronas and Sunburst KL International Music Festival.
Anna Rina Rahim
Anna Rina Rahim, 28
Photography Entrepreneur
Anna-Rina worked as an Advertising & PR Senior Executive for a global sports brand. After deciding that life was too short to be second guessing herself, she took the big leap and left her high flying job to pursue one of her greatest passion - photography. Ever the optimist, Anna-Rina dedicates time and energy into pursuing her dreams and making those close to her happy.
Joe Flizzow
Joe Flizzow, 29
Founder of Kartel Records & Kartel Clothing
Born Johan Ishak, Joe is one of the Malaysian hip-hop duo, Too Phat. He founded Kartel Records, a recording label as well as the PhatCap clothing line and the State of Mind imprint on Kartel Clothing.
Joyce Wong
Joyce Wong, 25
Blog Entrepreneur & Founder of Tongue In Chic
Joyce is one of Malaysia’s top blogger and is fondly known as her screen name, KinkyBlueFairy. Joyce also the founder and Managing Editor of the fashion blog Tongue in Chic.

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!
Berita baik kepada pengguna Gmail!

Kini Gmail sudah mempunyai Gmail Voice and Video Chat.

Saya gembira!

Saya gembira kerana saya pernah lontarkan idea ini kepada seorang bekas pelajar ICT di UIAM yang bertugas di Jabatan Perhubungan Awam (PR) untuk mencipta sistem ini. Tapi tidak berkesempatan kerana pelajar perempuan ini menyambung pengajian ke Sabah. Sebelum ini E-mel yang mempunyai kemudahan voice dan video chat adalah berbayar.

Saya gatal tangan menulis emel kepada Google mencadangkan perkara yang sama. Saya kira beribu-ribu orang lain menulis e-mel yang sama. Apa pun, ia sudah direalisasikan! Klik di sini

Terima Kasih Google.

Moga-moga idea e-mel inbox dapat dimuat turun ke dalam komputer dapat direalisasikan.

Nota: Bengkel Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil sudah mula menerima peserta. Klik untuk mendaftar. Sesuai untuk sebarang perniagaan kecil.

Nota: Bengkel Penulisan untuk Penulis Bebas hampir memenuhi kuota. Daftar hari ini dan pelajari cara menulis dalam akhbar dan majalah secara bebas. Maklumat klik di sini.


Alhamdulillah, Kursus Penulisan Rencana untuk Majalah dan Akhbar menduduki top-20 carian di Google bagi carian perkataan kursus penulisan dan bengkel penulisan. (Klik di sini) Hari ini sudah tiga orang sudah mendaftar. Tempat masih terbuka. Bengkel Penulisan ini terbuka kepada mereka yang mahu menjadi penulis bebas secara sambilan dan sepenuh masa.

Klik di sini Kursus Penulisan Sehari

Pengedaran komputer netbook seperti Asus Eee PC datang bersama-sama pembudayaan. Pengeluar netbook ini turut bekerjasama dengan menjalankan program celik netbook yang terbuka kepada para wanita khsusunya suri rumah.
Saya mengikuti laporan ini dalam rancangan Business Leaders, siaran BBC sebelum solat Jumaat sebentar tadi.

Saya percaya, pengajar bengkel yang memuatkan sejumlah 20 orang suri rumah ini adalah orang yang sangat penyabar orangnya. Para suri rumah diperkenalkan kepada perkara paling asas. Sehinggakan dalam satu sesi mereka diminta mengangkat ke atas tetikus atau mouse dengan tangan kanan mereka sambil berkata, “Ini adalah mouse.”

Setiap minggu mereka diajar satu persatu bagaimana menggunakan netbook Asus Eee PC dan bagaimana menggunakan internet seperti menghantar emel dan menggunakan carian Google.

Menurut salah seorang surirumah yang ditemubual wartawan BBC, “Pada awalnya suami kami tidak membenarkan kami mempelajarinya. Mereka bimbang jika kami mencari teman lelaki melalui internet. Tetapi mereka membenarkan kami belajar akhirnya selepas kami berjaya meyakinkan mereka,” katanya sambil ketawa.

Projek sekolah menggunakan netbook Asus Ess PC juga diimplimentasi oleh pengeluar. Para pelajar sekolah rendah menggunakan produk tersebut dalam sesi pembelajaran. Ini mengingatkan saya kepada perancangan kerajaan negeri Trengganu mahu mengimplimentasi metod yang sama di sana.

Pembudayaan komputer sebagai cara hidup melalui proses ini sedang mengambil tempat. Apakah bisnes tempatan juga menyedari hakikat dunia internet adalah dunia yang mesti dipelajari dan disertai untuk mereka survival dalam dunia bisnes menjelang kegawatan?

Apa akan terjadi tidak lama lagi?


Pada satu masa, kita akan melihat akan ada orang berdiri di tengah-tengah Chow Kit, Kuala Lumpur, mengeluarkan netbook mereka daripada beg galasnya, menghidupkan internet tanpa wayar, membuka internet, mencari kedai dan produk melalui carian Google. Mana-mana kedai yang mempunyai laman web dalam internet yang berada di Chow Kit adalah senarai kedai utama yang akan dikunjungi orang itu.

Malah, Ketika ini saya sedang mengemaskini laman blog saya di sebuah kafe buku selepas membeli external hardisk untuk komputer riba.

Sumber gambar Asus Eee PC : http://www.myce101.com/

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.


Kedai buku BORDERS di Berjaya Times Square sudah dikecilkan saiz premisnya. Dua tingkat menjadi satu tingkat. Sempat saya ke sana melihat perubahan yang berlaku kesan daripada pengecilan kos operasi akibat daripada keuntungan yang menguncup.
Dalam satu keadaan, ia mungkin perkara yang baik. Borders baru mempunyai pintu masuk sebuah lagi di bahagian belakang. Kini ia dapat diakses dari kedua-dua arah.

Keadaan Borders tidak sesunyi dahulu. Rak buku dalam bahasa Melayu berada di laluan antara pintu belakang ke pintu hadapan. Ia mudah dikesan berbanding dahulu. Cuma jumlah bukunya juga tidak begitu mengujakan. Buku-buku terbitan PTS di situ tidak semeriah dan sebanyak di kedai buku lain.

Namun begitu, ada seorang dua pembaca yang bersila di lantai sambil membaca buku-buku dalam bahasa Melayu di situ. Langsung tidak peduli siapa berdiri di hadapan mereka. Khusyuk dengan dunia mereka. Ini pertama kali saya melihat pembaca buku Melayu bersila di situ.

Saya berada di sana sekitar sejam. Akhirnya dia berjaya menggoda saya. Buku lama yang akhirnya berjaya mengumpan saya membawanya pulang. Cukup lama dia bersabar dengan karenah saya. Dahulu pandang-pandang sahaja, maka berlakulah komunikasi yang pertama.

Saya akhirnya membawa pulang sebuah buku biografi, iCon: Steve Jobs, The Greatest Second Act in the History of Business. Ia adalah buku biografi yang ditulis oleh Jeffrey S. Young and William L. Simon. Biografi ini tidak mendapat sokongan Steve Jobs sendiri sehinggakan ia diharamkan daripada dijual di mana-mana rangkaian kedai Apple Store.

Icon mendedahkan sisi ketidak sempurnaan orang terkaya di dunia dalam dunia teknologi komputer. Ciri-ciri tidak sempurna ini menjadi Steve memenuhi peringkat-peringkat mencipta karisma sehingga mengangkat Apple sebagai produk kegilaan dunia. Steve menggabungkan seni dan teknologi menjadi satu produk yang dapat dijual dan mencipta pasaran tersendiri.

Kita dapat mempelajari bagaimana pattern atau corak kejayaan Steve yang juga dimiliki oleh mereka yang menjejaki tapak yang sama. Saya masih belum menghabiskan buku setebal 359 halaman ini. Tetapi beberapa perkara yang berlaku dalam dunia Steve mempunyai persamaan dalam pembinaan karakter individu.

Apa jua corak kejayaan ia memerlukan tiga elemen.

Pertama, Sahabat yang mendorong dan melengkapi.
Kedua, Murabbi atau mentor yang membimbing.
Ketiga, bi’ah atau keadaan sekeliling yang menggalakkan.

Steve Job beruntung mempunyai rakan bernama Steve Wozniak yang membantu mencipta siri terawal komputer Apple. Steve Jobs tidak tahu menahu mengenai teknologi komputer yang dicipta Wozniak tetapi dia tahu dia mampu memasarkan produk itu. Seorang membina dan seorang memasarkan.

Entri ini akan disambung.

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Apakah nostalgia kita ketika menyambut Eid pada zaman persekolahan?Ketika saya bersekolah di SRK Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, ada beberapa memori menarik. Saya kira ada yang masih diamalkan sehingga kini.

Para pelajar sekolah akan dikumpulkan di gelanggang badminton dari darjah satu hingga darjah enam. Para pengawas mengedarkan salinan lagu Selamat Hari Raya kepada semua. Baik Melayu, Cina dan India akan menyanyikan lagu itu bersama-sama. Kertas salinan lirik itu menggunakan kertas warna coklat, kami namakan kertas gelek.

Pengetua akan memberikan ucapan dan nasihat (yang cepat dilupakan kurang 24 jam). Tetapi nama mereka masih saya ingat, Mr Chandran dan Puan Kamariah. Nama Puan Kamariah mudah saya ingati kerana ia memudahkan saya menghafal hukum tajwid iaitu alif lam Qamariah apabila ustazah mengajar.

Malah saya pernah tersesat di taman perumahan di Setapak dan sesat betul-betul di hadapan rumahnya. Maka saya dan sahabat saya bernama Lutfi paksa rela beraya di rumah Puan Kamariah yang terkenal dengan kegarangannya.

Kita sambung cerita semula.

Kami akan beratur mengikut darjah masing-masing. Bersalam-salaman dengan semua guru. Selesai bersalam-salaman. Acara bersalam-salaman dengan para pelajar sekolah. Disebabkan ini bukan sekolah agama (para pelajar sekolah agama bakal beristigfar membaca entri ini), maka pelajar perempuan akan bersalaman dengan pelajar lelaki. Itu pun dipilih-pilih siapa yang dia suka siapa yang tidak. Golongan terpinggir atau loser akan duduk di tingkap memandang. Persis kumpulan pra-gengster di sekolah (macam cerita diri sendiri sahaja).

Salah satu saya ingat adalah Ida Mashani, anak pegawai polis. Dengan baju kurung putih dan selendang putih, saya kira pada ketika itu jika lagu Ayu nyanyian V.E sudah dicipta, memang beliaulah yang akan jadi fokus para pelajar lelaki. Ida akan membalut tangannya dengan selendang putih dan bersalam. Aduhai, zaman kanak-kanak yang jahil. Tetapi zaman itu kami tidak didedahkan dengan konsep kejahilan. Perkataan jahil pun tidak pernah dengar.

Di mana beliau sekarang? Oh sekarang sudah bergelar Puan Ida berkahwin dengan pelajar lelaki yang dikenali ketika zaman sekolah menengah. Mereka bertemu di Perak dan mendirikan rumahtangga tahun lalu. Puan Ida kini adalah juru x-ray di Hospital Ipoh. Jika Puan Ida membaca entri ini, saya masih menantikan koleksi gambar untuk saya pinjam dan scan. Realitinya, saya tidak ada satu pun gambar ketika zaman sekolah rendah. Tidak ada satu pun.

Kelas kami dalam sambutan pra Aidilfitri ini pasti tidak meriah tanpa seorang pelajar perempuan lagi. Beliau mempopularkan kelas kami kerana kakaknya seorang selebriti. Norsham Rahmat atau dikenali dengan nama popularnya Betty Rahmat. Beliau adalah adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida.

Betty Rahmat menggilai set alat tulis Garfield. Dari buku, pensil warna sehinggalah beg semuanya wajah Garfield. Beliau bertambah popular kerana selalu tidak hadir ke sekolah kerana berlakon dalam filem Pengantin Popular. Ketika itu dunia hiburan melihat Ogy Datuk Ahmad Daud, Erma Fatima dan Eman Manan dalam skandal cinta yang berjaya dijadikan bahan hiburan ketika itu.

Apa lagi ya kenangan pada Hari Raya di SRK Jalan Kuantan?

Oh, pelajar akan mengedarkan kad Hari Raya. Saya tidak tahu sama ada cara ini masih popular atau sudah keluar daripada arus perdana. Pelajar akan menulis pantun;

Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas.

Saya tidak dapat lupakan betapa buruknya tulisan saya menulis kad raya untuk seorang pelajar dalam kelas. Tulisan besar-besar dan bulat-bulat. Ada yang kata huruf a saya seperti bentuk sampan, huruf b saya seperti budak boyot. Entah macam-macam lagi. Memang loser sungguh ketika itu.

Malah ada juga pelajar gila memberi duit raya kepada kesemua 30 orang pelajar di sekolah. Pada awal pagi, kami mendapati ada sampul duit raya berwarna hijau di atas meja kami. Ada wang di dalamnya. Ada yang sudi bermurah hati memberikan satu sen kepada kami. Sayalah orang itu.

Kami tidaklah senakal pelajar sekarang yang berani bermain mercun di sekolah. Masih bertamadun dan rasional meskipun kebanyakkan mereka datang daripada rumah pangsa Pekeliling yang terkenal dengan rekod jenayah, dadah dan insiden bunuh diri.

Kenapa saya menulis mengenai kenangan di SRK Jalan Kuantan?

Kerana tiba-tiba jam 12 malam ini saya teringatkanya.

Selamat Hari Raya. Mahu saya sambung coretan Hari Raya lain? Jika ada maklumbalas di ruangan komen saya sambung. Bergantung kepada permintaan.

Nota: Saya sangat anti dengan kisah sekolah yang diada-adakan oleh pengarahnya dan tidak ada ciri keindahan memori pelajar sekolah rendah. Saya kasihankan para pelakon kanak-kanak yang diperbodoh-bodohkan dengan memori plastik. Mungkinkah saya perlu menulis novel untuk menangani isu kepalsuan ini?

Nota: Pembaca artikel serius dalam blog ini pasti kecewa dengan entri ini. Maaf, saya seorang yang sangat menghargai pengalaman, orang yang saya kenali dan memori silam. Pasti akan saya kongsikan di sini. Dedikasi kepada rakan-rakan tahun 1989-1991

Contoh-contoh blogger dari sekolah yang sama dan menghargai memori zaman sekolahnya

SRK Jalan Kuantan (2) - Class of 89′ Primary School Reunion
SRK Jalan Kuantan 2 (1983-1988)

Bagaimana seorang calon wanita dapat berhadapan dengan 40,000 calon lain untuk mendapat satu pekerjaan? Pendedahan terbaru. Klik di sini

Komentar Ahmad Azal Afarok, pemilik agensi pemasaran produk takaful dan pada masa yang sama trainer kepada bakal usahawan takaful berkenaan Tip Karier untuk Wanita Moden.

“Salam,

Tahniah, satu pembaharuan dalam tips kerjaya khas untuk wanita. Ini dapat meningkatkan dayasaing wanita dalam meningkatkan produktiviti negara.”Klik di sini

Tip Karier untuk Wanita Moden duduki kedudukan tiga teratas carian Google bagi carian perkataan tip karier dan tip kerjaya selepas tiga hari dilancarkan. Maklumat lanjut klik di sini

Older Posts »